21 October 2011

mau kecikkan paha dalam masa singkat. .hehhe


Hari ni aku nak share pulak tips kecilkan peha. Masalah peha membesar daripada bahagian badan lain merupakan common problem pada perempuan. Aku sendiri pun bermasalah terutama kalau nak beli seluar. Tengok badan dah kurus tapi peha pulak gedabak. Muahahaaaaa.
slimming+sauna+pant Tips Kecilkan Peha Dalam Sebulan?
Sebenarnya, kita tak boleh nak aim pada sesuatu tempat nak bagi lemak hilang kecuali kalau korang dah kaya bagai boleh guna liposuction. Fuhhh seram aku dengar bab sedut – sedut lemak ni kang tersedut benda lain. Allah dah buat adil untuk kita, kalau nak turunkan berat maksudnya semua kena turun sekali, jadi peha takkan jeles kalau pinggang yang mengecik dulu.
Cuba korang fikir, kalau betul la ada spot yang boleh hilangkan lemak, aku rasa confirm jejaka macho kat luar sana berbadan tegap tanpa perut membulat. Muahahahaha. Aku nak share a few tips untuk hapuskan lemak yang degil untuk korang semua.

 Tips Kecilkan Peha Dalam Sebulan?
Ambik tahu Kalori
Kalori ni penting terutama bila nak kurangkan berat badan. Setiap hari, korang kena tahu macam mana nak jaga pengambilan makanan tapi dengan cara kira guna kalori. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya (DCR). Ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot peha iaitu 2g per Kg berat badan sudah mencukupi.


Fokuskan Senaman Pada Peha
Nak kecikkan peha, kenalah bersenam lebih dan fokus pada peha saja. Contoh senaman yang korang boleh praktikkan ”senaman squat dan lunges”dan perlulah konsisten dan kerap. Kalau setakat main 3-4 hari, dah nak nampak perubahan, korang padamkan saja niat suci murni nak cantikkan peha tu. Buang masa jer. Muahahahaa.

Cadangan; Buat 3 set untuk setiap senaman, dan satu set senaman mempunyai 15 ulangan.

cardio Tips Kecilkan Peha Dalam Sebulan?
Senaman Kekuatan dulu baru Cardio
Senaman kekuatan ni kebanyakan perempuan tak tahu sebabnya nama macam mengangkat berat aje tapi sebenarnya senaman kekuatan ni macam yang aku bagi kat atas tu. Motifnya supaya korang dah gunakan ‘muscle glycogen‘ dan bila korang dah start dengan Cardio, tenaga yang ada dah habis digunakan untuk senaman kekuatan jadi yang tinggal tenaga alternatif iaitu lemak. Time ni la kalau korang nak belasah lemak habis – habisan. Chayok – chayok!


P/s: Dah amalkan tips ni, jangan pulak lupa nak berehat sebabnya otot – otot yang kita paksa untuk bekerja perlu jugak rehat yang cukup. Nanti terlalu push sangat boleh cedera dan tisu otot perlu jugak diperbaiki. Diet dan rehat yang cukup sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak. Bersama – samalah kita menghapuskan lemak dengan gigih. Muahahaaaaa.


ツ Thanks For Reading ツ


Anda Like Anda Sebarkan

2 comments:

soffeera said...

tips kecikkan pipi ade x??heheheh

Emy Ellyana said...

nak ke. .bole2. .tuam pipi 2 pkay air suam. .haha. .t kecut lha. .hehe